Waktu Itu Emas

Saturday, July 20, 2013

INFO : PEKERJAAN ASAL ORANG TERNAMA DI MALAYSIA SEBELOM MENJADI TERKENAL

Berikut merupakan pekerjaan asal  orang yang terkenal di Malaysia... 


1. Dato' Yusoff Haslam -Konduktor Bas
2. Nabil (Raja Lawak 2) -Despatch
3. Amy Mastura -Pramugari
Picture
4. Ziana Zain -Pramugari
5. Anuar Zain -Pramugara
6. Shamsul Ghau -Polis
7. REM -Cikgu
8. Adibah Nor -Cikgu Bahasa Inggeris
9. Amelina -Operator
10. Nubhan (AF) -Kerani Bank
11. Fauziah Ghous -Pramugari
12. Shawal (AF) -Despatch
13. Suhaimi(Inteam) -Guru agama
14. Salleh Yaakop -Askar
Picture

15. Aaron Aziz -Penjual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) -Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) -Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M nasir -penyanyi jalanan di CM
19. Kumpulan medicine -pesawah
Picture

20. Nora danish -playan kdai mkn mak die
21. Ezlynn -pelayan cafe di tv3 (kedai mak dia)
22. Mahathir mohamad -dokter
23. Rafidah aziz -pensyarah
24. Nik aziz -uztaz
25. Anwar berahim -abim
26. Samy vellu -arkitek
27. YB nizar -engineer
28. Muhammad Taib -cikgu
29. Khir toyo -dentist
30. Abdullah badawi -pegawai kerajaan
31. Almy nadia -keje kilang
32. Ina naim -keje kilang
33. Mawi -qari,pengait kelapa sawit
34. Azean irdawaty -pegawai ban
35. Remy Ishak -bellboy
36. Fahrin Ahmad -pegawai bank
37. Nazim Othman -pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar -penjual daging
39. Rosmah -Suri rumah tangga dulu kini dan selamanya

Ada mungkin yang silap, kalau ko rang tau boleh la aku perbetul kan ye..huhuhu

SEJARAH : Cengkerang 260 Juta Tahun Dijumpai Di Malaysia


ANTARA fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh, Kuala Lipis, semalam.

KUALA LIPIS 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.
Penemuan itu membuktikan hasil kajian fosil berkenaan lebih tua usianya berbanding fosil ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis berusia 230 juta tahun yang dibuat pada 2011.
Ahli Paleontologi IGM, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah.
"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.
"Fosil itu terletak lapisan batu lumpur merupakan jenis Brakiopoda yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek," katanya kepada pemberita di Sungai Yu di sini hari ini.
Menurutnya, antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama iaitu Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp.
Beliau yang juga penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, menerusi penyelidikan itu bahawa Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif.
"Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya," ujarnya.
Katanya, haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau.
Menurut beliau, menerusi proses geologi dasar laut berkenaan timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.
Justeru, katanya, apabila terdapat projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya di sini, bumi yang menyimpan banyak rahsia alam akan terungkai menerusi penemuan fosil cengkerang di lokasi berkenaan.
"Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian," jelasnya.
Katanya, kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu.



Friday, July 19, 2013

BETUL KE BOHONG : Ritual Menghidupkan Mayat Di Indonesia



Ritual Menghidupkan Mayat Bagi Mengelak Bencana Alam Di Sulawesi | Ma’nene adalah Ritual Menghidupkan Mayat Di Indonesia : Tana Taroja di Sulawesi Selatan,Indonesia merupakan destinasi pelancongan yang menarik kerana keindahaan bukit bukau yang menenangkan. Tetapi ramai yang tak mengetahui satu ritual pelik yang diadakan setiap tahun pada bulan ogos. 
Ritual yang dikenali sebagai Ma’nene ini merupakan ritual pembersihan mayat saudara mara, pemimpin masyarakat, keluarga yang telah mati. Ritual pembersihan ini dilakukan dengan mengantikan pakaian si mati dengan persalinan pakaian yang baru. 
Debu dan tanah yang melekat pada tulang-temulang si mati ini juga akan dibersihkan. 
*Ritual Ma’nene*
Ritual Ma’nene yang dilakukan oleh masyarakat Baruppu merupakan manifestasi rasa cinta,sayang dan hormat kepada mereka yang telah mati.
Ritual Ma’nene ini juga berhubung kait dengan kisah lagenda mengenai seorang pemburu haiwan,Pong Rumasek telah menemui satu mayat di bawah pokok.
Akibat rasa kasihan Pong Rumasek telah membalutkan mayat tadi dengan pakaian dan mengekbumikannya dengan sempurna.
Selepas peristiwa ini,Pong Rumasek tidak mempunyai masalah untuk memburu haiwan dan setiap kali dia berburu Pong Rumasek akan mendapat binatang buruan yang banyak.
Upacara Ma’nene di Indonesia ini wajib dilakukan bagi mengelakkan sebarang bencana dan musibah berlaku.

BETUL KE BOHONG : Gempar Penangkapan Hantu Penanggal Di Sabah





Misteri Hantu Penanggal | Di kawasan pedalaman Sabah, heboh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga dikenali sebagai balan-balan.
Hantu jenis ini dikatakan suka memakan uri ibu yang baru bersalin.
Benarkah hantu penanggal ini wujud?
Sejauh manakah kehebatannya untuk menyelinap masuk ke rumah manusia?
Sila saksikan video penangkapan hantu penanggal ini.
Betul atau tidak, anda yang tentukan.
TAK PERCAYA?
Tengok video di bawah.

BETUL KE BOHONG : Bruce Lee Mati Di Tangan Pendekar Melayu


Bruce Lee

Bruce Lee Mati Selepas Tewas Dengan Silat Melayu | Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.
Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.
Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.
Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad Bin Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.
Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.
Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.
Dia bertarung dengan Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yang terkenal sekitar awal 80-an). Dicky bertarung dengan Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.
*Beberapa Hari Sebelum Kematian
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
*Beberapa Jam Sebelum Kematian
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.
*Beberapa Minit Sebelum Kematian
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yang mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Lebih kurang pukul 7.30 pm, Bruce Lee berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkannya tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pun meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.

Thursday, July 18, 2013

BONGKAR : Resepi Rahsia Coca-Cola Dibongkar, Ternyata Mempunyai ALKOHOL

 

Salah satu rahsia yang paling dikawal rapi dalam sejarah perdagangan dunia mungkin kini bukan lagi menjadi rahsia: sebuah program radio bertajuk "This American Life" dikatakan telah menemui resipi yang tepat untuk minuman yang paling popular di dunia dalam artikel akhbar pada1979.



Menurut pengacara rancangan itu, Ira Glass, komponen perisa rahsia minuman itu, yang telah dicipta oleh ahli farmasi John Pemberton pada tahun 1886, adalah sesuatu yang dinamakan "Merchandise 7X."  

Kakitangan baru-baru ini terjumpa sebuah artikel edisi 8 Feb 1979  daripada Journal-Perlembagaan Atlanta, yang menerbitkan artikel di muka surat 28 tentang buku tulis kulit terikat yang pernah dipunyai oleh sahabat Pemberton, satu lagi ahli farmasi di kawasan Atlanta yang dinamakan RR Evans.  

Notebook yang terkandung beberapa resipi farmakologi - tetapi kemasukan utama, bagi pelajar-pelajar sejarah komersial, adalah apa yang dipercayai menjadi resipi yang tepat untuk minuman ringan: semua bahan-bahan yang disenaraikan dengan jumlah yang tepat diperlukan untuk menyiapkan satu ramuan lengkap. 

Journal-Perlembagaan itu juga memaparkan gambar halaman dalam notebook Evans 'memperincikan resipi Coke - pada dasarnya mendedahkan resipi kepada dunia. Tetapi sejak tahun 1979 di mana berlaku ledakan media digital, gambar resipi itu tidak pergi jauh di luar kawasan Atlanta. 



Resipi Coke adalah salah satu rahsia yang dikawal dengan rapi dalam sejarah  perdagangan Amerika. Selepas perniagaan Asa Griggs Candler dibeli Pemberton - yang juga mengeluarkan ubat batuk dan pembersih darah, antara lain - pada tahun 1887 dengan harga $ 2,300, resipi yang tepat untuk 7X diletakkan dalam peti besi di sebuah bank Atlanta. 

Ia telah dilaporkan bahawa hanya dua kakitangan syarikat yang terlibat dengan bahan-bahan dan bagaimana mereka dicampur pada bila-bila masa - dan kedua-dua kakitangan tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan bersama kerana takut kemalangan akan meragut nyawa kedua-dua mereka. 

Menurut syarikat sejarah Mark Pendergrast, Candler begitu paranoid tentang resipi yang bocor di luar kawalan proprietari bahawa dia akan pergi melalui pos syarikat itu sendiri untuk menghalang mana-mana pekerja daripada melihat invois yang mungkin memaparkan bahan-bahan yang digunakan. 

"Ia adalah seperti upacara rahsia yang diluluskan," ujar Pendergrast, "dan formula yang disimpan dalam peti besi di bank di Sun Trust, yang pernah menjadi  Georgia Trust Company." 


Selepas Pendergrast melihat semula resipi daripada gambar akhbar pada tahun 1979 itu, dia membuat kesimpulan bahawa ia juga boleh menjadi sesuatu yang betul: 

"Saya berfikir bahawa ia sudah tentu adalah versi formula ini," kata beliau sambil menambah, "Ia adalah hampir sama dengan formula yang saya jumpai dalam salah satu daripada buku tulis John Pemberton apabila dia telah melakukan penyelidikan untuk buku ini.  

Bagi pihak Coke, mereka menafikan bahawa keselamatan formula rahsia itu telah dibongkar.  "Banyak pihak ketiga, termasuk 'This American Life,' telah cuba untuk memecahkan formula rahsia kami," kata jurucakap syarikat Kerry Tressler. "Cubalah sehabis mungkin, mereka pasti tidak berjaya."  

Pengarah arkib Coke Philip Mooney memberitahu "This American Life" kemungkinan resipi ini telah menjadi  formula "pendahulu" yang berharga, tetapi mungkin bukan merupakan versi yang "pergi ke pasaran."

 Jadi apa rahsia untuk membuat Coke? Nah, di sini adalah apa yang telah ditulis di dalam buku ini:

The recipe: 

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color 
The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):

Alcohol: 8 oz 
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops





Pemberton dilaporkan telah menemui formula untuk Coke dalam usaha untuk mengatasi ketagihan kepada morfin yang meruncing selepas Perang Saudara, jadi ia mungkin tidak menghairankan jika alkohol ditambah, minuman yang asalnya terkandung daun Coca dicampur dengan kokain. 


sumber: bubblenews.com

SEMPOI : (GAMBAR) Keadaan Palestin Pada Tahun 1900 Sebelum Dijajah Israel

Beginilah keadaan Palestin  pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel. Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll. Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu direnggut oleh kebiadaban Zionis dan sekutunya.






Sekarang ini....


sumber: http://situs-berita-online.blogspot