Waktu Itu Emas

Friday, July 19, 2013

BETUL KE BOHONG : Ritual Menghidupkan Mayat Di Indonesia



Ritual Menghidupkan Mayat Bagi Mengelak Bencana Alam Di Sulawesi | Ma’nene adalah Ritual Menghidupkan Mayat Di Indonesia : Tana Taroja di Sulawesi Selatan,Indonesia merupakan destinasi pelancongan yang menarik kerana keindahaan bukit bukau yang menenangkan. Tetapi ramai yang tak mengetahui satu ritual pelik yang diadakan setiap tahun pada bulan ogos. 
Ritual yang dikenali sebagai Ma’nene ini merupakan ritual pembersihan mayat saudara mara, pemimpin masyarakat, keluarga yang telah mati. Ritual pembersihan ini dilakukan dengan mengantikan pakaian si mati dengan persalinan pakaian yang baru. 
Debu dan tanah yang melekat pada tulang-temulang si mati ini juga akan dibersihkan. 
*Ritual Ma’nene*
Ritual Ma’nene yang dilakukan oleh masyarakat Baruppu merupakan manifestasi rasa cinta,sayang dan hormat kepada mereka yang telah mati.
Ritual Ma’nene ini juga berhubung kait dengan kisah lagenda mengenai seorang pemburu haiwan,Pong Rumasek telah menemui satu mayat di bawah pokok.
Akibat rasa kasihan Pong Rumasek telah membalutkan mayat tadi dengan pakaian dan mengekbumikannya dengan sempurna.
Selepas peristiwa ini,Pong Rumasek tidak mempunyai masalah untuk memburu haiwan dan setiap kali dia berburu Pong Rumasek akan mendapat binatang buruan yang banyak.
Upacara Ma’nene di Indonesia ini wajib dilakukan bagi mengelakkan sebarang bencana dan musibah berlaku.

No comments:

Post a Comment